Diabetes Gestasi

Diabetes Semasa Kehamilan

Apabila anda hamil, anda boleh mengalami paras gula darah tinggi (yang dipanggil diabetes gestasi), walaupun anda tidak pernah menghidap diabetes sebelum ini.

Ketahui lebih lanjut tentang Punca Diabetes Gestasi, Kesan kepada Bayi anda dan anda sebagai ibu serta cara Diabetes Gestasi boleh dirawat.

Punca Diabetes Gestasi1

Punca sebenar diabetes gestasi belum diketahui. Satu sebab berlakunya penyakit ini disebabkan hormon yang dikeluarkan oleh plasenta, yang membantu bayi membesar, menghalang insulin daripada berfungsi dengan baik di dalam badan ibu. Ini dipanggil 'rintangan insulin'.

Diabetes gestasi berlaku apabila badan ibu tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk keperluan tambahan semasa kehamilan.

Insulin diperlukan untuk menggerakkan gula daripada darah ke dalam sel, iaitu tempat gula bertukar menjadi tenaga. Jika insulin tidak mencukupi, paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi (yang digelar hiperglisemia).

Pregnant woman
Healthy eating during pregnancy

Pemakanan sihat semasa kehamilan5

Makan secara sihat merupakan bahagian penting dalam mana-mana kehamilan, dan ia amat penting untuk wanita yang menghidap Diabetes Gestasi. Secara amnya, prinsip pemakanan sihat perlu dipatuhi:Elakkan makanan yang diproses kerana ia tidak berkhasiat. Sebaliknya, pilih sayur-sayuran dan makanan “semula jadi”. Perhatikan pengambilan karbohidrat anda dan uji gula dalam darah anda secara berkala.

Karbohidrat mempunyai kesan yang paling besar pada gula dalam darah anda!2

Karbohidrat ialah nutrien yang membekalkan sebahagian besar tenaga kepada badan anda. Oleh itu, karbohidrat sangat penting dalam pemakanan yang sihat! Terdapat pelbagai jenis karbohidrat yang mempengaruhi paras gula dalam darah anda dengan cara yang berbeza (secara cepat atau perlahan). Ini bermakna anda perlu melihat jenis dan jumlah karbohidrat yang anda makan.

Adakah anda ingin tahu berapa banyakkah karbohidrat yang anda makan?
Mula mengira karbohidrat4 dalam makanan, minuman dan makanan ringan anda sekarang! Label pemakanan memberitahu anda jumlah makanan berkarbohidrat yang terkandung dalam makanan tersebut. Untuk makanan tanpa label, seperti hasil segar, anda boleh menganggarkan jumlah karbohidrat yang terkandung dalam makanan tersebut. Jika anda merekodkan pengambilan karbohidrat dan paras gula dalam darah anda sebelum dan dua jam selepas makan, pasukan penjagaan diabetes anda boleh melihat cara tubuh anda bertindak balas terhadap makanan yang berbeza dan merancang ubat individu anda (jika anda memerlukan) dan pelan makanan anda dengan sewajarnya. Bercakap dengan doktor anda tentang diet yang terbaik untuk anda.

Kira karbohidrat anda4
Bergantung pada bilangan jenis karbohidrat berbeza yang anda makan, paras gula dalam darah anda akan meningkat dengan cepat atau perlahan. Oleh itu, pengiraan karbohidrat ialah cara yang bagus untuk menguruskan paras gula dalam darah anda.

Diet dan senaman
Pelan pemakanan individu dan aktiviti fizikal yang kerap sentiasa menjadi sebahagian daripada terapi. Pakar penjagaan kesihatan biasanya mengesyorkan senaman intensiti sederhana selama sekurang-kurangnya 30 minit sehari, hampir setiap hari. Ini boleh termasuk berjalan pantas, berenang atau yoga pranatal.3

Kesan kepada anda sebagai Ibu

Gula dalam darah biasanya kembali ke paras normal selepas bersalin. Tetapi jika anda pernah mengalami ia sekali, terdapat dua per tiga kemungkinan bahawa ia mungkin muncul semula dalam kehamilan akan datang.

Kadangkala, diagnosis diabetes gestasi mendedahkan diabetes jenis 1 atau jenis 2 yang sedia ada. Sekiranya diabetes wujud sebelum mengandung, ia tidak akan hilang dan rawatan perlu diteruskan selepas melahirkan bayi.

Wanita yang menghidap diabetes semasa mengandung berisiko menghidap diabetes jenis 2 kemudian hari.3

Mother with her child
Newborn

Kesan pada Bayi anda

Diabetes gestasi biasanya didiagnosis pada separuh kedua tempoh kehamilan, ketika bayi sedang membesar secara aktif. Diabetes gestasi mesti dirawat untuk mengelakkan akibat negatif kepada anda dan bayi!

Dalam diabetes gestasi, paras gula dalam darah yang tinggi dihantar daripada ibu ke darah bayi. Sekiranya gula dalam darah ibu lebih tinggi daripada biasa, maka bayi juga menerima lebih banyak gula daripada biasa. Menyimpan tenaga tambahan ini menyebabkan bayi anda membesar dan mungkin membawa kepada keadaan yang dipanggil Besar untuk Umur Gestasi (LGA).

Oleh sebab insulin tambahan yang dihasilkan oleh pankreas bayi, bayi baru lahir mungkin mempunyai paras gula darah yang sangat rendah semasa lahir dan juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah pernafasan. Bayi yang dilahirkan dengan insulin berlebihan menjadi kanak-kanak yang berisiko mengalami obesiti dan orang dewasa yang berisiko menghidap diabetes jenis 2.4

Merawat Diabetes Gestasi2

Penting untuk mengikut cadangan Pakar Penjagaan Kesihatan anda dan atas nasihatnya, memulakan rawatan yang ditetapkan secepat mungkin. Matlamat rawatan adalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah berada dalam julat sihat yang setanding dengan wanita hamil tanpa diabetes semasa mengandung.

Pelan pemakanan individu dan aktiviti fizikal yang kerap sentiasa menjadi sebahagian daripada terapi. Pemeriksaan gula dalam darah dan suntikan insulin juga mungkin diperlukan. Kejayaan mengawal diabetes gestasi boleh membantu pengurangan risiko kelahiran secara caesarean yang mungkin diperlukan jika bayi anda terlalu besar.2

Pregnant couple doing yoga

Mengelakkan Hipoglisemia6

Jenis dan tempoh aktiviti fizikal mempunyai kesan yang berbeza terhadap paras gula dalam darah. Senaman sederhana boleh menurunkan paras gula dalam darah. Ubat penurun gula tertentu, contohnya insulin, digabungkan dengan senaman sederhana yang berpanjangan boleh menyebabkan hipoglisemia (paras gula dalam darah menjadi terlalu rendah yang boleh menjadi berbahaya).

Berbincang dengan doktor anda jika anda mengambil sebarang ubat untuk menurunkan paras gula dalam darah anda. Sebaliknya, senaman intensif boleh meningkatkan paras gula dalam darah, kerana badan mengeluarkan gula yang disimpan untuk menampung permintaan tenaga yang tinggi. Untuk kepastian, uji tahap gula dalam darah anda sebelum dan selepas bersenam.

Memeriksa Gula dalam Darah Anda Semasa Diabetes Gestasi adalah Penting7

Untuk mengelakkan akibat negatif diabetes gestasi, paras gula dalam darah anda harus dikekalkan dalam julat sasaran tertentu. Pemantauan gula dalam darah dijalankan dengan meter gula dalam darah. Anda hanya perlu mengambil setitik darah dengan menusuk jari dan meter memberitahu anda jumlah gula dalam darah pada masa itu. Tanya doktor anda tentang julat sasaran gula dalam darah individu anda.

Cara terbaik untuk membuat persediaan untuk Ujian Gula dalam Darah

Memantau paras gula dalam darah anda secara berkala memainkan peranan asas untuk memutuskan rawatan yang sesuai.8 Bagi mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai, beberapa persediaan asas perlu dipertimbangkan semasa melakukan ujian gula dalam darah:

  1. Disebabkan kesan peluh, lembapan, dll. pada kulit boleh mempengaruhi pengukuran9, sentiasa basuh tangan anda dengan sabun dan air suam, bilas dan keringkan sepenuhnya

  2. Lanset merupakan produk sekali pakai: Pastikan anda menggunakan lanset baharu untuk setiap ujian gula dalam darah

  3. Ikut arahan mengikut panduan pengguna meter gula dalam darah anda

Langkah-langkah ini akan membantu untuk mendapatkan sampel darah yang bersih.

Untuk maklumat lanjut dan nasihat peribadi tentang Diabetes dan Kehamilan, sila hubungi Pakar Penjagaan Kesihatan anda.

Di manakah boleh dibeli:
Beli produk CONTOUR dalam talian

 
Lazada
Shopee Link

Rujukan:

1. https://www.diabetes.org/diabetes/gestational-diabetes. Accessed August 2020.
2. https://www.diabetes.org/diabetes/gestational-diabetes/how-to-treat-gestational-diabetes. Accessed August 2020.
3. Noctor E, Dunne FP. Type 2 diabetes after gestational diabetes: The influence of changing diagnostic criteria. World J Diabetes. 2015 Mar 15;6(2):234-44. doi: 10.4239/wjd.v6.i2.234. PMID: 25789105; PMCID: PMC4360417.
4. https://www.diabetes.org/diabetes/gestational-diabetes/how-will-this-impact-my-baby. Accessed August 2020.
5. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/gestational-diabetes. Accessed August 2020.
6. https://diabetes.org/health-wellness/fitness/blood-glucose-and-exercise. Accessed August 2020.
7. Management of Diabetes in Pregnancy: Standards of Medical Care in Diabetes 2020 Diabetes Care 2020;43(Suppl. 1):S183– S192 | https://doi.org/10.2337/dc20-S014.
8. Immanuel J, Simmons D, Diabetes Care, 2018, Oct;41(10):20153-2058.
9. Barry H. Ginsberg. Journal of Diabetes Science and Technology. (Abstract Paragraph 1).

Beli Sekarang