Image: SITEASSETS MALAYSIAN IMAGES MY PRODUCT BANNER X CPLUS MMOL
Image: ARROW DOWN

Mengapa memilih sistem meter CONTOUR®?

Kami komited menyediakan sistem meter mudah digunakan yang memberikan ketepatan yang terbukti, membekalkan individu dengan diabetes maklumat yang lebih baik bagi membantu membuat keputusan yang lebih baik.

Maklumat yang lebih baik untuk membantu membuat keputusan yang lebih baik

Portfolio meter CONTOUR®PLUS telah terbukti sangat tepat* dan mudah untuk digunakan. Untuk gambaran keseluruhan, pergi ke bahagian PRODUK pada laman web ini.

Di Ascensia Diabetes Care, kami ingin memberikan anda dua kebaikan dengan meter kami. Pertama, keputusan yang sangat tepat - untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih baik berkaitan pengurusan diabetes anda. Kedua, kami ingin menjadikan ia semudah mungkin bagi anda untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan, dengan menggunakan teknologi bagi mencipta meter yang menjadikan pengujian lebih mudah dan lebih sesuai dengan kehidupan moden.

Meter CONTOUR® akan memaparkan pengukuran glukosa darah dalam piawaian metrik (mmol/l) negara anda.

*Sistem meter CONTOUR®PLUS melangkaui keperluan ketepatan ISO 15197:2013 yang mensyaratkan bahawa 95% nilai glukosa darah yang diukur perlulah berada di antara sama ada ±0.83 mmol/L nilai purata yang diukur bagi prosedur pengukuran rujukan pada kepekatan glukosa <5.55 mmol/L atau dalam ±15% pada kepekatan glukosa ≥5.55 mmol/L.

Beli Sekarang